Sunday 23 August 2015

Nora danish kini sah berpisah

Percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi bualan sejak beberapa minggu terjawab apabila Nora yang mengesahkan bahwa hubungan mereka sudah berakhir.

Nora berkata dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

Persoalan mengenai status perhubungan pasangan menjadi tanda tanya sejak kira-kira tiga minggu lalu ekoran Nora mahupun Nedim tidak lagi memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.


"Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," kata nora 

Bagaimanapun, nora tidak mahu mengulas lanjut berikutan perpisahan beliau Dan nedim

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya.

Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.


No comments:

Post a Comment