Sunday 23 August 2015

Kembara jelajah bersama Kumpulan WINGS



Kumpulan Rock WINGS akan memulakan siri kembara Jelajah Bermotor ke negeri  pantai Timur Kelantan , Terengganu Dan Pahang Selama 3 hari bermula hari ini 24 ogos 2015 . Ini adalah sebahagian daripada promosi menjelang KONSERT 30 TAHUN WINGS yang Akan diadakan di STADIUM MERDEKA pada 31 ogos 2015 , harga tiket untuk menyaksikan KONSERT ini Ialah RM85( free seating) , RM285(RockZone) Dan RM48 ( Khas buat pelajar tertakluk pada terma & syarat . Tiket boleh dibeli secara ONLINE, pada hari ini melalui www.tickethotline.com.my

Kembara jelajah Bermotor ini berjaya menggabungkan ' RIDER' dari Kelab-kelab motor ,antaranya dari Kelab Ducati , Kelab Bermotor Harley Davidson Dan Kelab Motor BMW .Kumpulan Wings yang terdiri daripada Awie , Joe , Black , Dan Eddie . Perasmian Siri Jelajah ini telah pun diadakan di MATIC jalan Ampang . 


No comments:

Post a Comment