Wednesday 26 August 2015

Amelina rakam album dangdut baru





Amelina yang popular dengan lagu 'asyik'   Dah rakam lagu dangdut baru , hebat kak amalina, lepas ni uols Boleh la dengar lagu dangdut kak amalina Kita ni . 

#suaradariperut Ada la jumpa kak amalina ketika openhouse mediahiburan yang lalu , Semakin cantik beliau sekarang , Jom support Artis Malaysia Kita . Tanpa Artis lama , xda la artis2 baru uols . 

Tuesday 25 August 2015

Yatt Hamzah sah bercerai




Assalamualaikum semua , ini kes terbaru yang #suaradariperut dapat tahu suami kepada pelakon dan pengacara Yatt Hamzah iaitu Abd Mutalib mengesahkan mereka sah bercerai dimahkamah syariah semalam .Pada 24 Oktober yang lalu , Yatt Hamzah pernah menfailkan kes perceraian mereka , tetapi kes ditarik semula Selepas mereka pulang dari Misi kemanusian di syria .

Mereka dikurniakan Cahaya mata yang comel uols , iaitu Suci Hanania Malika .Menurutnya mereka bercerai kerana tidak persefahaman dan tidak sehaluan . #suaradariperut hanya mampu berdoa buat mereka berdua . 

Peminat BOIKOT 'Nad'





Hey korang ! Tengok kisah Nad Zainal ni dah selesai , rupanya lagi Teruk , Kalau nak tahu , Nad  Zainal Dikecam oleh peminatnya di Instagram , dimana komen-komen Nya berunsur kan Negatif.


 
Untuk pengetahuan korang , bekas manager Nad Zainal iaitu Along Zuren bukanlah punca kelab peminat itu dibubarkan , yang paling mengemparkan, Nad Zainal mengeluarkan statementnya yang mengatakan 'peminat mendesak Nad bercinta dengan remy ' haa , adalah si polan ni  mengatakan kelab peminatnya tidak pernah mendesak Nad bercinta dengan remy , seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh nad baru-baru ini . Apa lagi la Nad ni , mencari kontroversi untuk FFM27 yang bakal menjelma ni ke , ataupun Nad bercakap benar, apa-pun pun #suaradariperut mendoakan wish good luck to Nad untuk FFM27 yang bakal menjelma nanti .

Monday 24 August 2015

Akim kecewa video Stacy disebarkan



Jika sesiapa pun yang berada di pihak Akim Ahmad, mungkin mereka juga merasakan perkara yang sama. Gara-gara video kekasihnya, Stacy AF, yang sedang belajar mengucap tersebar, Akim menjelaskan perasaan kecewanya itu di laman Twitter

Menurut Akim dia mengetahui pihak yang merakam video tersebut , Malah melalui Tweet Akim juga Ada mengatakan untuk menjaga privacy Stacy . 


Nad zainal bawak teman lelaki balik ke rumah



Nad zainal Atau Nama sebenarnya farah nadia binti zainal abidin 25 , semakin hangat dihebohkan di media sosial, beliau yang pernah memenangi anugerah bintang popular 2014 ini , semakin hangat diceritakan setelah conflek antara Nad zainal dan bekas pengurusnya . Dimana di status bekas pengurus Nad Zainal iaitu aloq zuren membuat dakwaan, Nad membawa kekasihnya ke rumah . Tidak mahu namanya buruk , aloq zuren turut memuat naik perbualan whassap bersama Nad zainal , 

Kita doakan semoga perselisihan faham ini diselesaikan dengan segera, 



Kini penyanyi stacy sah memeluk Islam




Stacy Atau nama sebenarnya stracie angel anam 25 , penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia ( AF6)
ini,  telah pun memeluk Islam dengan sekali Lafaz syahadah yang ditemani oleh kekasihnya akim dan keluarga di pejabat jabatan agama islam johor . 

Stacy yang sebelum ini berasal daripada sabah  beragama kristian .kini beliau telah pun beragama Islam , Sehubungan itu pihak Media Akan mengadakan sesi temuramah bersama stacy mengenai berita baik ini . 

Sunday 23 August 2015

Kembara jelajah bersama Kumpulan WINGS



Kumpulan Rock WINGS akan memulakan siri kembara Jelajah Bermotor ke negeri  pantai Timur Kelantan , Terengganu Dan Pahang Selama 3 hari bermula hari ini 24 ogos 2015 . Ini adalah sebahagian daripada promosi menjelang KONSERT 30 TAHUN WINGS yang Akan diadakan di STADIUM MERDEKA pada 31 ogos 2015 , harga tiket untuk menyaksikan KONSERT ini Ialah RM85( free seating) , RM285(RockZone) Dan RM48 ( Khas buat pelajar tertakluk pada terma & syarat . Tiket boleh dibeli secara ONLINE, pada hari ini melalui www.tickethotline.com.my

Kembara jelajah Bermotor ini berjaya menggabungkan ' RIDER' dari Kelab-kelab motor ,antaranya dari Kelab Ducati , Kelab Bermotor Harley Davidson Dan Kelab Motor BMW .Kumpulan Wings yang terdiri daripada Awie , Joe , Black , Dan Eddie . Perasmian Siri Jelajah ini telah pun diadakan di MATIC jalan Ampang . 


Nora danish kini sah berpisah

Percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi bualan sejak beberapa minggu terjawab apabila Nora yang mengesahkan bahwa hubungan mereka sudah berakhir.

Nora berkata dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

Persoalan mengenai status perhubungan pasangan menjadi tanda tanya sejak kira-kira tiga minggu lalu ekoran Nora mahupun Nedim tidak lagi memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.


"Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," kata nora 

Bagaimanapun, nora tidak mahu mengulas lanjut berikutan perpisahan beliau Dan nedim

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya.

Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.


Bekas pengurus sebarkan perangai nad zainal


Nad zainal yang semakin popular ini , mula menunjukan taring . Bulan ramadhan yang lepas salah seorang fans pernah terkena dengan beliau apabila fans tersebut tak  dihiraukan oleh Nad . Insiden tersebut berlaku ketika peminatnya mahu membeli biskut yang dijual oleh Nad zainal di laman santai istana budaya . Kini kisah " kekurang ajaran " Nad zainal dibuka sendiri oleh bekas pengurusnya, 




Azwan kombos hangat bercinta.


Azwan kombos yg yang semakin dikenali Dari drama Mak Cun di Tv3 sekarang hangat bercinta dengan pelakon wanita baru yang bernama Ezzaty abdullah Dari drama Delina di Tv3 . Mereka sering kelihatan berdua , baru-baru ini , Mereka menghadiri majlis anugerah lawak warna anjuran Astro yang diadakan di MAEPS serdang , Kita doakan semoga Mereka berkekalan.

Sheera iskandar Dan suami diijabkabul




Perkahwinan sheera iskandar 30 yang terkenal dalam drama bersiri Halimah Jonggang telah pun berlangsung dengan sempurna.