Thursday 3 September 2015

'Harapan' Qi Razali



Hai uols , petang tadi #suaradariperut baru selesai Press Conference Uqasha Senrose collection disalah sebuah  hotel tekemuka di Kuala Lumpur . 

Iols ternampak la Qi Razali yang turut hadir di Press Conference tersebut, iols terus tarik  dia , dan bertanyakan beberapa soalan kepada Qi . Iols ada dengar mengatakan hubungan mereka ini hanya hangat- hangat tahi ayam . 

" buat masa sekarang saya masih berkawan bersama nelydia, Qi juga terkejut dengan berita yang mengatakan kami berpisah , banyak spekulasi daripada peminat-peminat dan unsur-unsur ketidakpuasan dari pihak lain , Qi juga tidak mahu bersifat terlalu negatif terhadap perkara kecil ini  , "ujar Qi Razali . 

Katanya juga insyallah kalau dipanjangkan jodoh perkara yang baik ini dia tidak akan menyorok kan . So uols sabar ye , bilalah mereka berdua ni nak bagi tarikh yang sesuai ,kannn , kita doa terbaik buat pasangan romantik ini . 

No comments:

Post a Comment